Muzium Terracotta Army (TA) adalah salah satu daripada keajaiban dunia purba yang wajib anda lawati jika berada di Xi’an. Artikel ini menerangkan cara:

  • pergi ke sana dari pusat bandar Xi’an menaiki pengangkutan awam
  • mendapatkan tiket masuk daripada KLOOK ataupun terus di tiket

Nak pergi Hua Shan, baca sini


Naik bas lebih jimat dan seronok

Paling mudah untuk pergi ke TA jika anda menginap dalam lingkungan kota lama Xi’an adalah menaiki bus dari stesen keretapi Xi’an. Ada banyak bas yang menuju ke stesen keretapi ini.

Bas-bas ini adalah yang menghala ke sana: 5, 9, 13, 14, 17, 25, 30, 40, 41, 42, 103, 105, 201, 231, 240, 243, 251, 351, 500, 511, 602, 603, 607, dan 611. (sumber)

Dari Bell Tower ke stesen keretapi Xi’an

Tambang yang dikenakan adalah RMB 2 dan jika tak pasti tentang destinasi, tunjukkan saja gambar stesen keretapi Xi’an kepada pemandu dan dia akan angguk sekiranya anda berada di bas yang betul.

Tiba di stesen keretapi Xi’an, anda akan dapati lautan manusia berada di sana. Walaupun tidak kedengaran tentang penyeluk saku, langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Di sana, anda sepatutnya akan nampak dua buah kiosk dengan papan tanda “Xi’an Tourist Information Service”. Penjaga kaunter di sana boleh berbahasa Inggeris dan anda boleh ke sana untuk bertanyakan tentang bus awam ke TA


Xi’an Tourist Information Service

Bas ke TA akan ada dalam pelbagai jenis tapi hanya satu sahaja pengangkutan awam, yang selebihnya dikendalikan syarikat swasta dengan tambang yang lebih tinggi dari biasa. Jangan layan sesiapa sahaja yang menawarkan bas ke TA walaupun dia berpakaian seperti seorang pegawai kerajaan.

Cari papan tanda TA seperti di bawah dan tunggu bus bernombor 306.

Bus 306 ke TA

Tiket bas 306 dibeli di atas bas daripada konduktor yang bertugas pada harga RMB 7 sekepala dan ia akan mengarahkan anda memakai tali pinggang keledar sebelum bertolak kerana anda akan melalui lebuh raya untuk ke TA.

Dari stesen keretapi Xi’an ke TA

Bas akan berhenti di beberapa perhentian antaranya adalah seperti universiti dan taman awam. Tungguh hingga anda tiba di muzium TA dan cara untuk ketahuinya adalah ramai orang turun serentak dan anda lihat di tingkap dan nampak banyak bas persiaran berhenti.

Cari Kaunter Tiket Muzium

Turun dari bas, kaunter tiket TA memang sedikit jauh daripada hentian bas. Ikut saja gerombolan orang ramai yang menuju ke kaunter tiket. Anda akan disapa oleh pemandu-pemandu pelancong yang menawarkan servis menerangkan TA, ia adalah optional.

Hentian bas di muzium TA

Kaunter tiket muzium TA besar dan mudah dilihat dari jauh

Tiket masuk berbeza mengikut musim melawat. Daripada Mac hingga November, harga sekepala adalah RMB 150 manakala antara Disember hingga Februari, harganya RMB 120.

Tapi, di KLOOK, anda boleh dapatkan tiket pada harga yang lebih murah.

Sekiranya anda beli tiket dari KLOOK, tempat untuk redeem tiket bukanlah di kaunter tiket, sebaliknya di pondok polis yang berada di banggunan sebelah kiri banggunan kaunter tiket.

Gerbang masuk ke muzium Terracotta

Baiklah setelah mendapatkan tiket, anda boleh terus masuk ke muzium TA dan nikmati salah satu daripada keajaiban dunia purba.

Pit No.1 adalah yang terkenal dan paling banyak dalam carian Google

Salah satu patung yang lengkap dipamerkan. Ini adalah pegawai berpangkat tinggi

Usaha mencantumkan patung yang pecah sedang berjalan

Jangan lupa untuk naiki bas perantara percuma untuk ke Lishan Park, tempat Maharaja Qin Shuhuang dikebumikan. Ia terletak lebih kurang 2 km daripada Muzium Terracotta.

Tugu peringatan di Lishan Park

Cara Pulang Ke Xi’an

Selesai menikmati pemandangan di Lishan Park, terus ambil bas perantara untuk kembali ke Mizium Terracotta dan ambil kembali bas 306 untuk pulang ke pusat bandar.

Ambil bas 306 untuk pulang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.